Tuesday 25 September 2012

ADAM DAN HAWA


AIN HAWANI dan Adam Mukhriz terjerat di sebabkan dendam Dee (kekasih Adam). Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, mereka di nikahkan tetapi Ain merasakan beliau terpaksa..

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...Adam masih utuh menanti Ain ke Pangkuannya.. Hasil dari kesabaran Adam Ain kembali kepada Adam dan dari situ Ain melihat kesungguhan adam dalam menjadi suami kepada Ain Hawani. Adik Ain sendiri menceritakan keikhlasan dan kesetiaan Adam, Walaupun sudah berbaik semula Dee tetap juga menganggu rumah tangga mereka sehingga Ain sendiri terpaksa berjumpa dengan Dee untuk mempertahankan Adamnya. Akhirnya mereka bahagia bersama anak yang bakal dilahirkan.. Sempat lagi pegi Honeymoon yang tertinggal.... hEHEHEH .. BAHAGIA AKHIRNYA